<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8141987324839207561?origin\x3dhttp://putri-indah-bm.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
-10:01 PM

if tags are not reply on time please wait for the next post sorry

Singapura telah menjadi tuan rumah buat Sukan Olimpik Belia pada 2010..
Semua orang mengundi antara Singapura dan Moscow dan amat gembira dan bangga sekali, Singapura telah memenangi "pertandingan" menjadi tuan rumah buat Olimpik 2010 yang akan menjelang 2 tahun dan beberapa bulan lagi...
Pada pendapat saya, acara ini boleh membantu Singapura untuk meningkatkan ekonomi Singapura pada masa akan datang.
Saya pasti semua yang mempunyai peluang untuk ini tidak akan melepaskan peluang ini.Saya pasti semua yang mengambil bahagian dalam acara sukan ini akan berlatih dengan gigihnya...





-7:37 PM

if tags are not reply on time please wait for the next post sorry

Aku telah menandingi peraduan Sahibba atau lebih dikenali sebagai "Scrabble" melayu.
Itu adalah pengalaman baru bagi ku. 81 sekolah telah mengikut serta dalam pertandingan ini dan hampir 300 murid sekolah jumlahnya. Setiap meja pertandingan mempunyai 4 orang. Di mejaku ada seorang murid menengah dua. Dan sudah terang dia yang terbaik antara kami murid murid menengah satu. Ketiga-tiga pusingan dia dapat mengalahkan kami bertiga, walaupun dia memenangi setiap pusingan di meja kita, dia tewas untuk mencapai jumlah mata lebih dari peserta meja lain.

Pertandingan ini memaanfaatkan diriku kerana ia dapat meluaskan kosa kata dan mempunyai sikap melumba-lumba. Jika diberi peluang sekali lagi, aku ingin mengikut serta.





-7:35 PM

if tags are not reply on time please wait for the next post sorry

"Total Defense Day" adalah hari yang membuatku ingat memori pahit Singapura yang berlaku beberapa puluhan tahun dahulu... Sayang sekali... Tahukah anda,hanya satu hari lagi Singapura perlukan untuk memenangi perang dengan Jepun kerana Jepun sudah kekurangan makanan... Pada pendapatku, kita patut tahu hari yang kita akhirnya menyerah kepada Jepun... Hari itu juga membuatku ingat bahawa masa itu dahulu, kita masih berharap pada orang lain tetapi tidak tahu berdiri di kaki sendiri. Sebab itulah sekarang, semua warga Adam Singapura yang sudah berusia 18 tahun harus lalui "National Service"(NS) atau Perkhidmatan Negara supaya mereka sedia kalau nanti ada Perang dunia ke-3. Harap-harap tiadalah lagi sampai bila-bila. PEACE!!!





-7:29 PM

if tags are not reply on time please wait for the next post sorry

Betapa sedihnya hatiku ketika membaca cerita tentang Saleha, neneknya dan bapa Saleha yang bertajuk "Tidak Kesampaian"... Ceritanya mula bergini...
Saleha pergi ke rumah tumpangan orang-orang tua bersama kelasnya... Dia bertemu dengan seorang nenek tua yang mengajak berbual bersamanya... Nenek itu cerita dengannya kisah sedih hidupnya...
Nenek itu dahulu ada anak... Anaknya terpaksa diberi kepada pasangan orang lain kerana tidak mampu membela anak tersebut... Kerana mahu anaknya dibesarkan dengan baiknya, nenek itu pun memberi anaknya kepada pasangan tersebut....
Saleha amat tersentuh dengan cerita nenek itu... Dia pulang ke rumah dan ceritakan tentang cerita nenek itu kepada bapanya.... Selepas mendengar cerita dari anaknya itu, ayahnya terperanjat dan hati kecilnya berbisik bahawa mungkin nenek yang diberitahu oleh anaknya itu orang yang dicari-carikan selama ini...
Bapa Saleha pun pergi ke rumah tumpangan itu dua hari kemudian... Dia menanya jururawat dan penjaga yang ada di situ tentang nenek itu... Apabila Bapa Saleha meminta surat lahir nenek itu tidak dapat dia percayai matanya itu.. Nama ibunya di surat lahir bapa Saleh sama dengan nama Nenek itu... Dengan segeranya, bapa Saleha hendak berjumpa dengannya... Nasibnya malang... Hampir kesampaian tetapi tidak... Ibunya yang dicari-cari selama ini hampir-hampir jumpa, sekarang, sudah tiada lagi... Nenek itu ataupun nenek sebenar Saleha sudah pergi dua hari yang lepas... Niatnya menjumpa dengan ibu kandung hampir dapat dicapai... Sayang sekali... Ia Tidak Kesampaian...
Amat sedih sekali ceritanya...
Apa pendapat anda??





-7:26 PM

if tags are not reply on time please wait for the next post sorry

Namaku Nur Jannah Bte. Zainol. Aku berambut pendek... Bacalah pantun ini kalau mahu tahu lebih lagi...

Kulit cerah orang Cina,
Kulit gelap orang India;
Tidak gelap tidak cerah,
Kulitku sawo matang warnanya.

Aku suka minum Coca Cola dan juga Milo... Bacalah pantun ini kalau mahu tahu makanan kegemaranku ini...

Pizza dan burger enak dimakan,
Tapi tidak begitu menyihatkan;
Pizza dan burger makanan yang ku gemarkan,
Kalau ku makan berlebihan tolong tegurkan.

Warna merah jambu digandingkan bersama hitam, warna yang palingku sukai... Hobi-hobiku adalah menari, melukis dan bermain sukan.. Tarian yangaku menarikan adalah tarian moden... Tarian lagu-lagu rancak...Antara sukan yang aku sukai adalah bola jaring, badminton, berenang dan mengayuh basikal... Antara lukisan yang aku suka lukis adalah baju-baju perempuan masa kini... Cita-citaku juga bila dewasa hendak menjadi pereka fesyen... =)







welcome to my blog
please do not steal the templates
do not spam on my tagbox unless you have granted special permission from me
if you are not happy with anything please press alt F4


your's profile


your's wishes


Shout-Out-Loud


other's life


stop and listen



My Past

February 2008

CREDITS

cindy
-------please don't remove---------------------------